Terjawab Perosalan Model Malaysia Yang Maut Terjatuh Tanpa Pakaian Dari Tingkat 20

Terungkap sebab mengapa seorang model, Ivana Esther Robert Smit ditemui mati dalam keadaan tanpa pakaian di Dang Wangi, Kuala Lumpur, Malaysia.

Rupa-rupanya, model berusia 19 tahun itu mengadakan hubungan dengan sepasangan suami isteri sebelum meninggal dunia.
Dipetik dari laman Straits Times, 3/4/2018, model berasal dari Belanda ditemui mati terjatuh dalam keadaan bertelanjang dari sebuah apartmen pada Disember 2017.

Polis Malaysia mengatakan bahawa dia terjatuh dari tingkat 20 dan ditemui mati di balkoni tingkat ke-enam.
Kenyataan baru itu menyebut, seorang ahli perniagaan dari Amerika Syarikat bernama Alex Johnson (44) dan isterinya Luna (31) mengaku melakukan hubungan intim dengan Smit, tiga minggu sebelum dan pada hari dia ditemui mati.

Dalam temu bual dengan media British, pasangan itu mengakui bahawa mereka berdua telah minum alkohol sebelumnya. Smit juga dikatakan menggunakan dadah pada malam itu.
Pertemuan ketiganya pertama berlaku pada Oktober tahun lepas di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur, Malaysia.

“Dia sangat cantik dan menawan, dia begitu yakin,” kata Luna mengenai Smit.
Agar lebih akrab, ketiga-tiga mereka membuat satu kumpulan WhatApps untuk terus berhubung. Dari perbualan itu pasangan suami isteri bersepakat untuk threesome.

Shaharuddin Abdullah, OCPD (Pegawai Penjaga Daerah Polis) Asst Comm di Dang Wangi, Malaysia berkata bahawa polis telah mengklasfikasikan kes itu sebagai kematian secara tiba-tiba.
“(Dari) siasatan yang kami lakukan setakat ini dan laporan pemeriksaan jenazah tidak menunjukkan tanda-tanda keganasan,” jawap Abdullah melalui telefon.

Bagaimanapun, Abdullah meminta kepada sesiapa yang mengetahui lebih banyak maklumat mengenai kes itu, untuk melaporkan kepada pihak polis dengan segera.
Smit adalah pemenang kedua Malaysia Supermodel Search 2014. Gadis cantik ini berusia 15 tahun ketika dia memulakan kerjayanya sebagai model.

Keluarga Alex Johnson mengekalkan kenyataan tidak bersalah dalam kes ini. Alex Johnson juga sering menerima banyak ancaman selepas kematian Smith.
Sebabnya, salah satu masalah yang timbul adalah perbezaan undang-undang dari di mana negara asal remaja itu.

“Di Belanda, anda boleh didakwa atas keganasan seksual terhadap seseorang yang tidak sedarkan diri atau di bawah kesedaran,” kata peguam keluarga Smith.
“Sekiranya seseorang berhubungan dengan seorang remaja yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, sepatutnya dia tidak mengambil kesempatan daripada keadaan itu,” katanya.

Sumber : aliffchannel.com